Perkongsian Idea tentang Bahan Bantu Mengajar

Kit Persembahan Matematik

1.0  PENGENALAN KIT PERSEMBAHAN MATEMATIK

Rajah 1.0: Kit persembahan saya.

Kit persembahan ini dihasilkan untuk kegunaan bagi mata pelajaran Matematik Tahun 1. Selain itu, kit persembahan ini adalah sesuai untuk kelas yang mempunyai 35 orang murid dan selama 2 jam. Kit persembahan ini akan digunakan dalam pengajaran bagi Topik 1 Nombor Bulat Hingga 100.

2.0  OBJEKTIF KIT PERSEMBAHAN MATEMATIK
Objektif yang perlu dicapai dengan bantuan kit persembahan ini adalah seperti berikut:
      i.        Menamakan nombor hingga 100,
     ii.        Menentukan nilai nombor hingga 100.
    iii.        Menulis nombor dalam angka dan perkataan.

3.0  CARA PEMBINAAN KIT PERSEMBAHAN

1.   Menyediakan bahan-bahan seperti kertas warna, kertas lukisan, kotak meletak gincu, gunting, gum, double tape, pensel warna, mounting board, tack-it dan objek kecil (seperti itik plastik)
Rajah 2.0: Kotak yang meletak gincu.

2.  Mengunting dan melekat berbagai-bagai jenis kertas warna atas kertas lukisan yang berbentuk bulat.
3.   Kemudian, kertas lukisan yang dilekat penuh dengan kertas warna tersebut ditampal atas kedua-dua pemutar.
4. Menggunakan mounting board untuk menutup apa-apa yang tidak berkenaan dengantopik yang ingin diajar.
5.    Mencetak nombor-nombor 0 – 9 sebanyak 8 set.
6.    Kemudian, menggunting dan melekat beberapa daripada nombor tersebut atas pemutar kit secara sementara dengan menggunakan Tack-it.                   
7.  Beberapa set cetakan nombor 0-9 itu perlulah dilekatkan pada kad berwarna untuk menjadi kad nombor yang dapat dipakai oleh para murid.       
8.    Mencetak gambar-gambar objek yang menarik seperti bunga, epal dan sebagainya.

4.0  KOS PEMBINAAN KIT PERSEMBAHAN
Bahan
Bilangan
Harga
1.      Kertas warna
2 (packs)
RM 3.40 x 2 = RM 6.80
2.    Mounting board
1
RM 3.40
3.    Tack- it
1
RM 4.20
Total
RM 14.40


5.0  CADANGAN AKTIVITI KIT PERSEMBAHAN (PANDUAN)

Unsur Seni Visual
Matematik Tahun 1
Bidang Pengajaran: Nombor dan Operasi
Tajuk: 1.0 Nombor Bulat Hingga 100
Bilangan murid: 35 orang

Aktiviti 1
1.    Guru mengajar menamakan nombor bulat 1 hingga 100 bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti dengan melalui membilang objek dalam kumpulan menggunakan bahagian SET A kit persembahan.
2.  Guru meminta murid-murid membilang objek-objek yang ada pada kedua-dua belah bahagian SET A bersama-sama dengannya dan menamakan nombor bulat tersebut dengan menggunakan SET B kit persembahan.
3.    Guru membahagikan  murid-murid kepada 5 kumpulan.
4.    Guru menentukan bilangan objek di Bahagian 1 dan 2 dan meminta murid-murid bekerja dalam kumpulan membilang objek-objek tersebut.
5.    Murid-murid diminta mewarnakan jawapan yang betul dan hantar kepada guru sebelum wakil kumpulan keluar ke hadapan untuk menunjukkan jawapan yang betul menggunakan SET B. Kumpulan yang mana betul dan hantar jawapan dalam masa yang paling singkat dikira menang. Lembaran kerja 1, 2 dan 3 akan disediakan.
6.    Daripada aktiviti tadi, guru juga boleh mengajar murid-murid membandingkan kuantiti dua kumpulan objek menggunakan kedua-dua belah bahagian SET A.

Aktiviti 2
1.  Guru mengajar murid-murid menulis nombor dalam angka dan perkataan dengan menggunakan SET B kit persembahan.
2.  Apabila guru menunjukkan sesuatu angka seperti “0”,  “1”, “8”, dan sebagainya di bahagian kiri SET B, guru boleh menunjukkan perkataan angka tersebut di bahagian kanan SET B.
3. Guru memberi soalan seperti “menunjukkan __(angka)­__ dalam perkataan” atau “menunjukkan __(perkataan)__ dalam angka” dan meminta murid keluar ke hadapan untuk menujukkan jawapan.
4.    Lembaran kerja 1 dan 2 disediakan untuk setiap murid.

Tekan link ⇩ untuk dapatkan lembaran kerja 1 dan 2:
https://drive.google.com/file/d/1zMoMy-s0V6G0BoaIK9lv7c5FYCyPjYmq/view?usp=sharing


Unsur Seni Pergerakan
Matematik Tahun 1
Bidang Pengajaran: Nombor dan Operasi
Tajuk: 1.0 Nombor Bulat Hingga 100
Bilangan murid: 35 orang

Aktiviti 1
1.    Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan (2 orang dalam satu kumpulan).
2.    Guru memberikan setiap murid satu kad nombor dan murid-murid diminta memakai kad nombor tersebut.
3.    Guru menentukan bilangan objek pada Bahagian 1 (kiri) dan Bahagian 2 (kanan) SET A kit persembahan.
4. Murid-murid diminta membilang objek yang ada pada kedua-dua bahagian dan membandingkan kuantiti dua kumpulan objek tersebut serta berbaris mengikut “BANYAK” dan “KURANG” seperti yang ditunjukkan di Rajah 1.0.


Rajah 3.0: Cara pergerakan Aktivit 1.


Unsur Seni Muzik
Matematik Tahun 1
Bidang Pengajaran: Nombor dan Operasi
Tajuk: 1.0 Nombor Bulat Hingga 100
Bilangan murid: 35 orang

Aktiviti 1
1.  Guru mengajar murid-murid menamakan nombor bulat yang paling asas dulu, iaitu nombor 1 hingga 10 dengan menggunakan nyanyian sambil menggunakan jari membilang objek yang ada pada kedua-dua bahagian SET A kit persembahan ataupun objek-objek yang ada di sekeliling kelas.

2.    Melodi lagu  “Bangun Pagi Gosok Gigi” digunakan dan liriknya diubah seperti berikut:

Rajah 4.0: Lirik Lagu 1, 2, 3.

3.   Guru meminta murid menyanyi lagu ini bersama-sama dengannya supaya murid-murid dapat ingat dengan lebih mudah.

6.0  KEKUATAN KIT PERSEMBAHAN


    Antara kekuatan kit persembahan ini ialah kit persembahan yang mewarna-warnai ini dapat menarik perhatian murid-murid terutamnanya murud-murid yang mempunyai kecerdasan visual. Dengan adanya bantuan kit ini dalam proses pengajaran dan perkembangan, murid-murid dapat belajar dengan lebih gembira dan mereka akan lebih faham dengan apa yang dipelajari. Selain itu, permainan berpasangan yang diadakan dengan bantuan kit ini dapat melibatkan semua murid secara aktif dalam aktiviti kelas. Ini secara tidak langsung dapat membantu murid-murid yang kurang bersosial untuk bergaul dengan rakan-rakan di sekeliling kerana pembelajaran juga dapat dilaksanakan melalui interaksi sosial antara satu sama lain. Akhir sekali, aktiviti nyanyian yang berkaitan dengan tajuk nombor dengan bantuan kit tersebut dapat mengukuhkan kefahaman murid dengan meningkatkan lagi pemikiran kerana ia dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian kanak-kanak.

7.0  KELEMAHAN KIT PERSEMBAHAN

     Antara kelemahan kit persembahan ini ialah kit persembahan yang tidak mempunyai saiz besar akan menyebabkan kesukaran murid-murid yang duduk di belakang untuk nampak dengan jelas. Selain itu, jika ingin memnghasilkan kit persembahan yang sama yang mempunyai saiz yang lebih besar akan melibatkan kos yang lebih banyak. Justeru, kit persembahan ini adalah lebih sesuai untuk kaedah pengajaran demonstrasi yang dijalankan dalam kelas sahaja. Oleh demikian, kit ini sebenarnya hanya sesuai untuk kelas yang kecil iaitu kelas yang mempunyai murid yang tidak lebih dripada 35 orang.


 Rakaman Video bagi Kit Persembahan Matematik - Spinning Box 



8.0  RUJUKAN

Asri Lazi Amin. (2019). Definisi Kit Pembelajaran. Retrieved from: http://www.scribd.com/doc/141841618/Definisi-Kit-Pembelajaran

Dunn, R. dan Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning Styles. Virginia: Reston Publishing.



Penghasilan Multimedia Interaktik Topik Pecahan Tahun 2








Comments

  1. Kit yang sangat menarik dan memang mampu memanfaatkan murid-murid. Cadangan utk tambahbaik ialah boleh cuba hasilkan kit dalam saiz yg lebih besar. Teruskan usaha!

    ReplyDelete
  2. Kit yang sangat comel and menarik. Ini dapat membantu murid-murid dalam pelbagai aspek.

    ReplyDelete
  3. Kit yang sangat menarik dan hasil daya kreativiti tinggi serta pengunaan warna yang cerah dapat disamakan bagai sauh yang berpotensi menarik perhatian pelajar.

    ReplyDelete
  4. Kit yang berwarna-warni dan mampu menarik perhatian murid-murid. Hasilan kit ini mampu membantu bakal guru dalam pelaksanaan aktiviti PdP dengan lebih berkesan.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Wow!!! Idea yang sangat kreatif.

    ReplyDelete
  7. Kit persembahan yang excellent sangat. Kit ini mudah dapat menumpukan perhatian kanak-kank dan mereka tidak mudah berasa bosan semasa P&P dijalankan.

    ReplyDelete
  8. Good work. Pelajar akan lebih fokus dan menarik minat untuk belajar menggunakan kit Ini .

    ReplyDelete
  9. Kits yg amat menarik,thanks for sharing

    ReplyDelete
  10. This helps me a lot in creating ideas on preparing my class, thanks 👏

    ReplyDelete
  11. Kit yang amat menarik, bagus 👍

    ReplyDelete
  12. Saya ialah pelajar dari IPGKTI, multimedia yang anda hasilkan itu mempunyai grafik dan animasi yang menarik... Syabas!!!

    ReplyDelete
  13. Wowww bahan multimedia ini dapat memberi kesan positivif terhadap pembelajaran Matematik murid.

    ReplyDelete

Post a Comment